Secara umumnya, pelbagai jenis bantuan yang kita boleh dapatkan khususnya individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Terdapat sebuah program bagi membantu para pekerja yang terkesan dimana setiap kelayakan akan menerima RM 1,000.
Untuk makluman, pemberian bantuan ini adalah kepada pekerja yang telah berdaftar dibawah program SIP Prihatin 2.0 (PERKESO).
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai bantuan ini, sila ikuti perkongsian dibawah.
PROGRAM SIP 2.0
Program ini telah diperuntukkan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Objektif utamanya adalah untuk membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik serta penutupan sektor ekonomi yang melanda.
Melalui pelaksanaan program ini, terdapat dua jenis elaun yang pekerja boleh dapatkan antaranya :
1) Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Pemberian bantuan ini adalah berjumlah RM 300 sebulan dan hanya diberikan untuk tempoh dua bulan sahaja.
- Jumlah maksimum bantuan ini adalah RM 600.
2) Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB)
- Bantuan berjumlah RM 400 akan diberikan.
- Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off (sekali bayar).
- Diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prohatin 2.0.
KADAR ELAUN
RM 300 X 2 BULAN
Aktiviti Carian Pekerjaan
- Menghadiri temu duga terbuka (fizikal atau dalam talian)
- 3 temu duga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan
RM 400 ONE-OFF
Aktiviti Carian Pekerjaan
- Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif pertama.
- Sekurang-kurangya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Rakyat Malaysia yang tidak bekerja
- Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
- Berdaftar dalam portal MyFutureJob dan aktif cari kerja
CARA PERMOHONAN
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO
- Anda perlu muat turun aplikasi tersebut melalui App Store atau Play Store di telefon pintar anda
- Anda perlu membuat pendaftaran untuk pencarian kerja dalam portal rasmi MyFutureJobs iaitu www.myfuturejobs.gov.my
- Anda hanya perlu buat pencarian kerja, hadir temu duga dan kemaskini log aktiviti anda setiap hari