Kita sebagai rakyat Malaysia merasa bertuah kerana pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Terbaru, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan menerusi halaman Facebooknya bahawa, permohonan bagi menerima bantuan tunai Pendaftaran IPT secara one-off bagi tahun 2022 kini dibuka.
Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM1500 & RM2000.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah mengenai pakej bantuan ini.
KADAR BANTUAN
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh setiap pemohon yang layak adalah seperti berikut :
- Peringkat Diploma / Asasi / Matrikulasi : RM1,500
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM2,000
SYARAT KELAYAKAN
Setiap individu yang yang ini memohon bantuan kewangan BUDI ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
- Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.
- Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.
CARA MEMOHON BANTUAN
Ikuti langkah dibawah untuk anda membuat permohonan :
- Layari laman web : https://budi.sabah.gov.my/
- Klik butang ‘Permohonan‘.
- Klik butang ‘Daftar‘ di sebelah kanan paparan.
- Isi maklumat dengan lengkap dan klik butang ‘Daftar‘.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
- Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.
- Salinan muka depan penyata akaun pemohon.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai bantuan BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.