Ketika ini, pelbagai bantuan yang telah disediakan dan diberikan khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah mahupun yang terjejas.
Untuk makluman semua, terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu memohon. Bantuan tersebut adalah bantuan My Salam.
MySalam merupakan sebuah inisiatif Skim Takaful bagi perlindungan kesihatan percuma dimana ianya menyediakan takaful untuk golongan berpendapatan renda melalui Dana Amanah MySalam.
Apa yang menariknya melalui skim ini, penerima BSH / BPR / BKM layak secara automatik mendapat manfaat bantuan ini.
MANFAAT MySalam
Banyak faedah MySalam yang akan diterima oleh individu yang layak, antaranya :
- Terima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan
- Bayaran diberikan RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun
SYARAT KELAYAKAN
Ketahui syarat kelayakan sebelum memohon :
- Anda perlu berumur antara 18 tahun hingga 65
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun serta pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000
- Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun
CARA TUNTUT RM 700
Mudah sahaja untuk anda claim bantuan MySalam RM700 ini, berikut adalah caranya :
- Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini
- Klik ikon TUNTUTAN, kemudian ikon PENGHANTARAN TUNTUTAN. Skrol ke bawah laman dan klik ikon TUNTUTAN HOSPITALISASI
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang MUAT NAIK untuk muat naik salinan nota discaj dan salinan dokumen pengenalan
- Klik butang HANTAR untuk proses tuntutan
Semakan status boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di :
https://www.mysalam.com.my/b40/info/
SENARAI PENYAKIT YANG ANDA BOLEH TUNTUT RM 700
Di bawah ini adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluar anda menebus bantuan MySalam :
Senarai penuh, sila klik DI SINI
Semoga berjaya dalam permohonan anda.