BANTUANKWSP

Kenyataan Rasmi KWSP Mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0

kenyataan rasmi kwsp

Dengan ekonomi rakyat Malaysia yang tidak stabil ketika ini, di tambah lagi dengan kadar kenaikan harga barang, ahli KWSP khususnya berharap agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.

Perkara ini telah memaksa seorang pengguna Change.org , memulakan sebuah petisyen bagi menyokong pengeluaran Khas KWSP 2.0 tersebut.

Setakat ini, seramai 85,000 telah menandatangani petisyen berikut. Namun, ingin di ingatkan kepada anda semua, petisyen tersebut tidak menjanjikan pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat di luluskan.

PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Baru-baru ini, seorang pengguna Change.org yang bernama Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan sebuah petisyen untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.

Setakat ini, seramai 80,448 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.

KENYATAAN RASMI KWSP MENGENAI PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Terbaru, pihak KWSP telah memberikan respon berkenaan pengeluaran Khas KWSP 2.0 setelah seorang pengguna Facebook mengajukan pertanyaan mengenainya.

Berikut adalah jawapan daripada pihak KWSP :

Setakat ini, tiada sambutan/lanjutan untuk Pengeluaran Khas 10k. Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP tertakluk kepada Skim Pengeluaran yang disediakan. Untuk info lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP yang terkini, klik http://kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals “

“Hi ! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 akan dilaksanakan. Terima kasih.

“KWSP tiada menyediakan pengeluaran untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. KWSP hanya membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja.

Apa yang dapat pihak kami simpulkan mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0, ianya adalah tidak mustahil sekiranya pihak KWSP memenuhi permintaan pencarumnya.

Sama seperti Pengeluan Khas 1.0 lalu, ianya terpaksa diluluskan atas desakan rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP yang terjejas.

Oleh itu, marilah bersama-sama berdoa akan pengeluaran Khas KWSP 2.0 kali ini dapat dibenarkan.

Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada maklimat terbaru mengenainya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button