Ketika ini, pelbagai perkongsian yang kita dapat lihat di media sosial dimana segelintir pencarum KWSP khususnya meminta agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.
Ini terjadi kerana, rakyat Malaysia terkesan dengan kadar kenaikan barang kian meningkat.
Sekiranya anda pencarum KWSP yang ingin agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 di luluskan, ini adalah peluang anda untuk menyokong agar pihak Kerajaan dapat memberi kelulusan.
PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Baru-baru ini, seorang pengguna Change.org yang bernama Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan sebuah petisyen untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.
Sehingga waktu ini, seramai 73,334 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.
CHANNEL RASMI TELEGRAM
Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang dilancarkan ini, anda boleh klik pautan dibawah sebagai tanda sokongan anda.
PETISYEN UNTUK TUNTUT PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Dengan adanya petisyen seperti ini, ianya dapat membuka mata pihak Kerajaan khususnya pihak KWSP itu sendiri dimana ketika ini rakyat Malaysia benar-benar terkesan dan terdesak.