BKM FASA 3 : Jadual Bayaran & Jumlah Bayaran Ketiga September Ini
Alhamdulillah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa kedua telah dilaksanakan sejak 27 Jun.
Bagaimana pula dengan bayaran ketiga untuk BKM?
Tahukah anda apabila Fasa 3 dilaksanakan, penerima yang layak akan menerima bayaran sehingga RM900.
Berikut dikongsikan mengenai jadual penuh bagi pembayaran fasa ketiga Bantuan Keluarga Malaysia ini.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah program bantuan tunai Kerajaan yang direka khusus untuk membantu keluarga berpendapatan rendah mengurangkan kos sara hidup mereka dan menampung keperluan asas.
BKM ini akan memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan, termasuk kumpulan umur B40 dan M40, warga emas dan perseorangan.
KADAR BAYARAN FASA 3
Di bawah ialah kadar bayaran untuk penerima yang layak dalam setiap kategori Fasa 3 :
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 300
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 100
- 3-4 Anak – RM 100
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 700
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 400
- 1-2 Anak – RM 400
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 800
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 600
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
TARIKH BAYARAN FASA 3
Penerima dalam fasa ketiga akan menerima bayaran pada tarikh yang ditetapkan :
- SEPTEMBER 2022
Bagaimanapun, tarikh rasmi masih belum diumumkan. Kami menjangkakan pembayaran fasa ketiga akan bermula pada penghujung September (25 – 30 September).
Apapun, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat rasmi mengenainya.