JKM 2022 : Permohonan Bantuan Warga Emas RM 500 Sebulan (Ogos)

bantuan warga emas

Pelbagai rintangan yang terpaksa kita rintangi dalam beberapa tahun ini. Lebih-lebih lagi sebelum ini negara kita tidak terkecuali menghadapi pendemik global seperti COVID-19.

Ada yang terpaksa kehilangan pekerjaan kerana majikan tidak mampu menampung kos gaji, perniagaan terpaksa ditutup dan macam-macam lagi.

Namun, disebalik kejadian ini kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka dan sentiasa memberi bantuan kewangan khususnya golongan yang terjejas.

Warga Emas di Malaysia tidak terkecuali bagi menerima bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Golongan ini yang layak, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM 500 setiap bulan.

OBJEKTIF UTAMA

Objektif utama bantuan kewangan untuk Warga Emas ini adalah agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BAYARAN

Setiap kelayakan, golongan ini akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak :

  • RM 500

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal  di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk memohon :

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke 
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Leave a Comment