BLKM 2022 : Program Bantuan Lesen Memandu Yuran Serendah RM 250
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu khususnya golongan yang tidak berkemampuan.
Terbaru, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan bantuan baru iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)
Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990-an melalui Program JPJ Bersama Rakyat sebelum menukar namanya kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM adalah untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang menghadapi kesukaran mengikuti kelas di institusi latihan memandu.
INISIATIF BLKM
Melalui pelaksanaan BLKM ini, individu yang berkelayakan akan menerima diskaun dan hanya dikenakan bayaran sebanyak :
- RM 250
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada kecacatan fizikal
- Tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh JPJ atau polis
- Tidak mempunyai sebarang lesen memandu