Bantuan BINGKAS Selangor adalah insentif bantuan tunai secara bulanan untuk rakyat Selangor khususnya.
Bantuan ini merupakan salah satu bantuan yang telah diperkenalkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 bagi negeri Selangor. Sejumlah RM2.343 bilion telah diperuntukkan bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
Rakyat selangor yang berkelayakan akan menerima bayaran secara bulanan berjumlah RM 300. Oleh itu, kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai syarat kelayakan dan juga cara untuk memohon.
BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau dikenali sebagai BINGKAS merupakan program baharu yang akan memberi manfaat kepada setiap keluarga yang layak.
KADAR BANTUAN BINGKAS
Individu yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan kewangan setiap bulan berjumlah :
- RM 300 / RM 3600 Setahun
SYARAT KELAYAKAN
- Merupakan penerima BSH/BPR
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangir lebih dari 10 tahun
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah bawah RM 3,000
CARA MOHON
Penerima Kad KISS Yang Masih Aktif
Mereka perlu mengaktifkan BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah sahaja dan pengaktifan akaun tersebut boleh dilakukan pada :
- Mulai 1 Julai 2022
Tarikh akhir permohonan / kemaskini bagi bantuan BINGKAS ini adalah :
- 31 Ogos 2022
Permohonan Baru
- 1 Julai 2022
DOKUMEN PERMOHONAN
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).