BANTUANBELANJAWAN 2022

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Julai 2022 – Mohon Sekarang!

bantuan julai 2022

Bermula tahun 2022 ini, pelbagai bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan yang anda boleh mohon di bulan Julai ini. Jadi, anda diminta supaya menyemak status permohonan dan lihat syarat kelayakan bagi setiap bantuan yang disediakan.

Oleh itu, artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai bantuan yang anda boleh mohon di bulan Julai ini.

Berikut adalah senarai penuh bantuan di bulan Julai ini.

BANTUAN KERAJAAN JULAI 2022

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang boleh anda mohon :

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan BKM ini merupakan bantuan bagi menggantikan BR1M, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Berikut adalah jumlah bantuan yang anda akan dapat sekiranya berkelayakan. Sila rujuk bagi setiap kategori di bawah :

  • Isi Rumah – RM 400 hingga RM 2,000
  • Ibu Tunggal (Isi Rumah) – RM 500
  • Warga Emas (Isi Rumah) – RM 300
  • Warga Emas (Bujang) – RM 600
  • Bujang – RM 350

Tarikh Pembayaran

Terdapat 4 fasa pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022.
Anda kini boleh membuat semakan untuk melihat status permohonan BKM anda lulus atau tidak lulus.

Bantuan Musim Tengkujuh

BMT 2022 ialah bantuan kewangan yang bernilai RM 600, diperkenalkan oleh RISDA khas bagi mereka yang layak.

Pembayaran BMT melibatkan dua fasa (RM 300 setiap fasa) yang akan dilaksanakan pada November dan Disember 2022.

Pembayaran BMT ini kepada mereka yang permohonannya diluluskan akan dilaksanakan seca Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Permohonan boleh dibuat sekarang. 

Bantuan JKM – Bayaran Setiap Bulan

Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tarikh rasmi pembayaran adalah dari 1 – 12 Julai 2022.

Download borang permohonan JKM di sini.

Inisiatif SADE

Skim Air Darul Ehsan (SADE) merupakan program penjajaran semula bagi menyediakan 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah. Dimaklumkan bahawa pendaftaran SADE ini dibuka sepanjang tahun sehingga 2024.

Permohonan air percuma ini boleh dibuat di laman rasmi berikut : Klik Sini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button