Alhamdulillah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa kedua telahpun dilaksanakan bermula 27 Jun lalu. Seramai 8.6 juta penerima telah menerima bayaran sehingga RM 500.
Dalam pada itu, seperti yang telah di jadualkan melalui makluman rasmi, bayaran fasa ketiga akan mula dilaksanakan pada bulan September ini. Berbeza dengan fasa kedua kerana, kadar bayaran fasa ketiga ini lebih besar dimana bayaran akan diberikan sehingga RM 900 untuk yang layak.
Nak tahu kategori penerima mana yang akan menerima Rm 900 tersebut? Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu kadar bayaran mengikut semua kategori penerima.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 300
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 100
- 3-4 Anak – RM 100
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 700
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 400
- 1-2 Anak – RM 400
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 800
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 600
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
TARIKH BAYARAN BKM FASA 3
Buat masa ini, tiada makluman rasmi lagi bilakah tarikh bayaran fasa ketiga ini. Apa yang pasti seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, ianya akan dilaksanakan pada September nanti.
Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh, pihak kami jangkakan ianya akan dibuat pada penghujung September ini sama seperti bayaran fasa pertama dan fasa kedua.
SEMAKAN BKM FASA 3
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :