BANTUAN

Program Skim Pengasuh Di Rumah Terima Bantuan RM 300

Skim Pengasuh Di Rumah

Skim Halimatul Saadiah merupakan program latihan penjagaan kanak-kanak yang disasarkan kepada pengasuh di rumah. Kursus ini dianjurkan sejak tahun 2015 oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Untuk tahun 2022 ini, warganegara Malaysia khususnya rakyat Kelantan di alu-alukan untuk memohon Bantuan Skim Pengasuh Di Rumah yang disediakan ini. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kelayakan setiap individu tersebut.

Ikuti perkongsian berikut untuk tahu lebih lanjut.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut :

  • Tarikh Buka : 6 Julai 2022
  • Tarikh Tutup : 17 Julai 2022

KADAR BANTUAN

Setiap permohonan yang layak, individu tersebut akan menerima bayaran pada kadar :

  • RM 300 secara on-off
Selain daripada bantuan tunai, pemohon yang layak juga akan terima :
  • Kursus disediakan
  • Group Whatsapp bersama pengasuh negeri Kelantan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat yang ditetapkan melalui tawaran Skim Pengasuh Di Rumah :
  • Warganegara Malaysia dan bermastatutin di Kelantan
  • Berumur 25 tahun ke atas
  • Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak di rumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira)
  • Mempunyai Pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi setiap permohonan :
  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • 1 keping gambar pemohon (saiz passport @ 3R)
  • 1 keping gambar tempat mengasuh beserta kanak-kanak yang dijaga
  • 1 keping salinan Kad Pengenalan pemohon

CARA MOHON

Individu yang ingin memohon, anda hanya perlu lengkapkan borang yang disediakan :


MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN : BORANG PERMOHONAN

Setelah lengkap di isi, borang tersebut hendaklah di hantar ke alamat berikut :

Unit Pembangunan Keluarga,
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan
Wanita Kerajaan Negeri Kelantan,
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan.

No Faks : 09-7481959
Enel : unitpembangunankeluarga@gmail.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button