BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Jumlah Bayaran Bantuan BKM Akan Di Tambah Pada Fasa Seterusnya

Bayaran Bantuan BKM Akan Di Tambah

Ketika ini, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 kini telah berjalan dan diagihkan kepada penerima yang layak secara berperingkat.

Apa yang di lihat melalui perkongsian penerima BKM,segelintir mereka meluahkan rasa kecewa dengan kadar bantuan yang diberikan adalah tidak cukup. Ianya berikutan dengan kenaikan harga barang seperti minyak masak, ayam dan lain-lain lagi.

BKM AKAN DITAMBAH UNTUK BANTU RAKYAT

Pasir Salak : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memberi bayangan kerajaan tidak menolak untuk menyediakan bantuan tunai tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) jika kenaikan harga barangan terus berlaku.

Ia bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup sekiranya kenaikan harga barang terus berlaku.

Ismail Sabri berkata, ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.

“Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya dalam ucapannya pada Kenduri Rakyat di Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor, di sini, hari ini.”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button