Dalam pembentangan Belanjawan 2022 lalu, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan tablet percuma kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ baru-baru ini ketika pembentangan Belanjawan 2022.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
PerantiSiswa KELUARGA MALAYSIA
PerantiSiswa adalah inisiatif kerajaan dalam membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti sendiri. Kerajaan sedar akan masalah yang dihadapi oleh para pelajar, mungkin ada dikalangan mereka terpaksa meminjam peranti kawan ataupun terpaksa pergi ke pusat internet untuk membuat tugasan pengajian mereka.
Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
Bagi memastikan keperluan dan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, peruntukan sebanyak RM450 juta tidak termasuk sumbangan daripada syarikat telekomunikasi sebanyak RM65 juta telah disediakan dan bakal memanfaatkan seramai 600 ribu mahasiswa B40.
PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan pakej bantuan ini untuk pelajar IPT dari golongan B40 bagi memiliki :
- Peranti Tablet
- Data Mudah Alih
PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA
- 15 APRIL 2022
“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma“ – YB TAN SRI ANNUAR HAJI MUSA
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara memohon pelan data internet dan laptop percuma :
Pelan Data
Untuk pengetahuan anda, semua pelajar ataupun mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) layak untuk memohon bantuan ini tanpa mengira sama ada mereka adalah merupakan pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS dan Universiti Awam (UA).
- Anda perlu pergi ke bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda.
- Jika anda layak menerima bantuan ini, anda akan diberikan kad sim secara percuma.
- Semoga berjaya!
Laptop Percuma
- Laptop Jenama Acer : https://store.acer.com/en-my/promotion/students
- Laptop Jenama Samsung : https://www.samsung.com/my/
- Laptop Jenama Apple : https://www.apple.com/my/education/higher-education/
MAKLUMAT PAKEJ PERANTISISWA
- Khas untuk pelajar IPT golongan B40 – pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM4850 sebulan.
- Bakal memanfaatkan 400 ribu pelajar termasuk mereka yang baru mendapat tempat di
- IPT Awam / Swasta
- Koleh Komuniti / koleh di bawah IPT
- Fasa pertama roll-out program dijangka seawal Jun
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT
Dalam pelaksanaan pakej PerantiSiswa ini, Syarikat Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi seperti :
- Celcom Axiata Berhad
- Digi Telecommunications SDN BHD
- Maxis Berhad
- U Mobile SDN BHD (U Mobile)
- Maxis Berhad (TM) dan YTL Communications SDN BHD (YES)