BANTUANJKM

Bantuan Kanak Kanak JKM Sehingga RM 1,000 Sebulan

Bantuan Kanak Kanak

Khas untuk kanak-kanak di Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu program bantuan iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM.

Setiap kelayakan, kanak-kanak tersebut akan menerima bantuan secara bulanan bermula daripada RM 150 seorang sehingga RM 1,000 untuk seisi keluarga. 

Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara-cara untuk memohon.

OBJEKTIF BANTUAN KANAK-KANAK

Berikut adalah objektif utama dalam pelaksanaan Bantuan Kanak-Kanak ini :

  1. Membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BAYARAN

Sebelum ini melalui ucapan Menteri Kewangan pada Belanjawan 2021, kadar bayaran untuk program Bantuan Kanak-Kanak ini akan dinaikkan. Berikut adalah kadar bantuan lama dan kadar bantuan terbaru :

Jumlah Bantuan Lama

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
  • Maksimum sebanyak RM450 jika bilangan anak melebihi 4 orang

Jumlah Bantuan Baharu

  • Kanak-Kanak berumur antara 7 tahun sehingga 18 tahun (RM150 / bulan)
  • Kanak-Kanak berumur antara 6 tahun dan ke bawah ( RM200 / bulan)
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan
Bantuan Kanak Kanak

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM dalam permohonan Bantuan Kanak-Kanak ini :
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.

CARA MOHON

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :
  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah  isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :

DOKUMEN SOKONGAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :
  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatang Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat.

Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button