Mungkin dikalangan rakyat Malaysia khususnya tidak tahu mengenai satu pakej bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia iaitu Bantuan Sara Diri Dan Kecemasan.
Ianya bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas ketika ini tambahan lagi kenaikan harga barang serta makanan.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut.
BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN
Buat rakyat negeri Perak berpeluang untuk memohon bantuan ini sekiranya mereka berkelayakan.
Yayasan Perak telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Sara Diri dan Kecemasan. Ianya bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terpaksa di tanggung di negeri itu.
JENIS DAN PAKEJ BANTUAN
Terdapat dua pakej bantuan yang disediakan iaitu :
Pakej Bantuan Kecemasan
Bantuan sebanyak RM 300 sehingga RM 1,000 (Setahun) akan diberikan mengikut musibah atau bencana.
Pakej Bantuan Sara Diri
Pemohon yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM 700 setahun.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonanan :
- Pemohon berstatus kelahiran negeri Perak
- Pemohon dan ibu bapa lahir di luar negeri Perak tetapi telah bermastautin di Perak selama 10 tahun dan lebih
- Pendapatan isi rumah berjumlah RM 5,000 dan ke bawah sebulan
- Bantuan akan diutamakan kepada mahasiswa yang menetap di Perak
DOKUMEN PERMOHONAN
Berikut adalah beberapa dokumen yang diperlukan :
- Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
- Salinan kad pelajar.
- Salinan penyata akaun bank pelajar.
- Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
- Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
- Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
- Borang Permohonan:
- Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
- Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat/ Pemimpin Tempatan /Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
- Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung
CARA MOHON
Terdapat dua kaedah dalam permohonan Bantuan Sara Diri Dan Kecemasan ini sama ada secara online ataupun manual :
Secara Online
Secara Manual
Anda diminta untuk mengisi borang permohonan. Ianya boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Udangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
Muat Turun Borang : BORANG PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut :
Yayasan Perak, Tingkat 1,
Wisma Yayasan Perak,
No 111 Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh.
TEL : +605 255 2929
EMEL : aduan@yayasanperak.com.my