Tahukah anda bahawa terdapat satu insentif iaitu bantuan perkahwinan akan diberikan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin dimana, setiap pasangan akan menerima bayaran sebanyak RM1000.
Bantuan seperti ini sudah tentu menjadi khabar gembira buat pasangan yang baru berkahwin, sekurang-kurangnya dapat membantu bagi membeli keperluan setelah berumahtangga.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
SKIM BANTUAN GERBANG AZ-ZIWAAJ
Skim bantuan Gerbang Az-Ziwaaj adalah skim bagi membantu golongan/pasangan yang kurang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan di negeri Kelantan.
Untuk makluman anda, skim ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi. Sehingga kini, RM23,768,000 telah dibelanjakan dimana setiap pasangan yang layak telah menerima bantuan RM1,000 secara one-off. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
KADAR BANTUAN PERKAHWINAN
Setiap permohonan yang layak, pasangan tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- RM1,000 (one-off)
SYARAT KELAYAKAN
Bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan dan ingin memohon bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat kelayakan :
- Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
- Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
- Perkahwinan kali pertama (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).
- Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.
- Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).
- Bantuan ini boleh dimohon oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk memohon bantuan perkahwinan RM1,000 ini :
Langkah 1 :
Pemohon hendaklah mendapatkan borang di lokasi berikut :
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim.
- Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia.
- Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO .
- Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.
Langkah 2 :
Sila isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
Langkah 3 :
Hantar Permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari web rasmi facebook :