BKM Sebanyak RM8 Bilion Adalah Bantuan Tunai Terbesar Dalam Sejarah

Seperti yang diumumkan PM sebelum ini, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Fasa 2 akan bermula hari ini. RM1.74 bilion akan disalurkan kepada Keluarga Malaysia yang layak. Dan ini adalah bantuan tunai terbesar dalam sejarah dengan peruntukan keseluruhan RM8 bilion, memanfaatkan 12.6 juta individu.

Bagi yang ada akaun, pengkreditan terus ke akaun bank adalah secara berperingkat mulai 27 Jun. Jadi, mohon bersabar kalau 27 Jun ni, duit belum masuk dalam akaun. Bagi yang tak ada akaun pula, boleh tunaikan di kaunter cawangan BSN. Jangan lupa bawa IC! Nanti dah jauh datang, kena patah balik 😅  Semakan status pembayaran pun boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 juga melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my

BANTUAN TUNAI TERBESAR

BKM ni adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

Di samping itu, jumlah penerima BKM juga jauh lebih tinggi iaitu 8.6 juta penerima, berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja. Mengapa ada kenaikan mendadak ni? Kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM. 

Ini bermakna lebih ramai #KeluargaMalaysia layak untuk menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 sahaja seperti sebelum ini. Secara keseluruhannya, BKM telah memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu sekitar 60% daripada rakyat dewasa di Malaysia.

12.6 JUTA DAPAT MANFAAT BKM

Ada yang tanya, penerima ada 8.6 juta, macam mana yang terima manfaat ada 12.6 juta? OK, 4 juta isi rumah terima BKM. Setiap keluarga ada suami isteri = 4 juta x 2 orang = 8 juta. Takkan suami dapat duit, isteri tak merasa kan? Bujang ada 3.4 juta. Warga emas bujang ada 1.2 juta. 8 juta + 3.4 juta + 1.2 juta = 12.6 juta. Ini belum ambil kira anak-anak bawah umur 18 tahun. Kalau campur anak-anak sekali, mereka yang dapat manfaat boleh cecah 20 juta orang.⠀

Dengan penyaluran BKM ini, Kerajaan terus komited untuk membela Keluarga Malaysia yang memerlukan. Semoga bantuan-bantuan ini akan dapat meringankan beban anda, InsyaAllah.

Sumber : Tengku Zafrul

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah keseluruhan yang bakal diterima setelah di campur dengan bayaran Tambahan Tunai RM100 & RM50 :

1.    Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :

  • Tiada Anak : RM200 + RM100 (BTT) – RM300
  • 1 – 2 Anak : RM300 + RM100 (BTT) – RM400
  • 3 – 4 Anak : RM400 + RM100 (BTT) – RM500

2.    Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Tiada Anak : RM200 + RM100 (BTT) – RM300
  • 1 – 2 Anak : RM 300 + RM100 (BTT) – RM400
  • 3 – 4 Anak : RM400 + RM100 (BTT) – RM500

3.    Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • 1 – 2 Anak : RM300 + RM100 (BTT) – RM400
  • 3 – 4 Anak : RM300 + RM100 (BTT) – RM500

4.   Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas :

Bagi kategori bujang pula, Bayaran Tambahan Tunai hanya diberikan berjumlah RM50 dan menjadikan jumlah yang akan di terima berjumlah RM200.

NOTA 

  • Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.
  • BTT : BANTUAN TAMBAHAN TUNAI

SEMAKAN BKM FASA 2

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Leave a Comment