BKM FASA 2 : Cara Tebus Tunai Bayaran BKM Di Kaunter BSN
Kita sedia maklum bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan mula dilaksanakan pada hari esok, Isnin.
Kerajaan telah bersetuju akan memberi Bantuan Tambahan Tunai khusus kepada golongan B40 dimana ianya telah memperuntukkan sebanyak RM630 juta bagi memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.
Pada kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk membuat penebusan tunai di kaunter BSN bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank.
Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Untuk makluman, Bantuan Tunai Tambahan sebanyak RM50-RM100 akan diberikan kepada setiap isi rumah B40 dan bujang bertujuan untuk meringankan beban kewangan khusunya golongan B40 terutamanya dalam menyambut Aildiladha tidak lama lagi.
Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :
TARIKH TEBUS TUNAI
Berbeza dengan bayaran fasa 1 sebelum ini dimana penerima yang tidak memiliki akaun bank akan diberikan pada tarikh yang telah ditetapkan. Namun pada bayaran Fasa 2 ini, ianya akan dilakukan serentak dengan penerima yang memiliki akaun bank iaitu pada :
- 27 JUN 2022
CARA TEBUS TUNAI DI KAUNTER BSN
Pada hari kelmarin, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan notis mengenai bagaimana cara untuk tebus secara tunai bayaran BKM Fasa 1 ini di kaunter BSN.
Berikut adalah cara-caranya :
- Penerima yang layak hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
- Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.
- Penunaian melalui kaunter BSN hanya boleh dilakukan bermula 30 Mac 2022.
- Para pelanggan diminta untuk menjaga penjarakan fizikal sejauh 1 meter.
- Pelanggan wajib memakai pelitup muka.
KAEDAH BAYARAN BKM (TIADA AKAUN)
Ada Akaun Bank :
- Berjaya Kredit :
- Akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian / permohonan BKM
- Akan dikreditkan ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)
- Tuntutan Tunai boleh dilakukan di Cawangan BSN
- Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan tunai boleh dilakukan di Kaunter Cawangan BSN
- Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/