Kita sedia maklum bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan mula dilaksanakan pada 27 Jun 2022 nanti.
Bayaran BKM Fasa 2 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bakal menerima bayaran sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.
Selain itu, Kerajaan bersetuju akan memberi Bantuan Tambahan Tunai khusus kepada golongan B40 dimana ianya telah memperuntukkan sebanyak RM630 juta bagi memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Untuk makluman, Bantuan Tunai Tambahan sebanyak RM50-RM100 akan diberikan kepada setiap isi rumah B40 dan bujang bertujuan untuk meringankan beban kewangan khusunya golongan B40 terutamanya dalam menyambut Aildiladha tidak lama lagi.
Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.
TARIKH BAYARAN BKM FASA 2
- 27 JUN 2022
Berikut adalah tarikh jadual bayaran mengikut bank-bank yang terpilih dalam pelaksanaan bayaran BKM Fasa 2 ini :
- Bank BSN – Bayaran bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Isnin)
Bagi bank BSN ini, kebiasaannya bayaran akan awal sehari sebelum tarikh yang telah ditetapkan. - Bank Maybank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat (Selasa)
- Affin Bank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- RHB Bank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- Bank Muamalat – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- CIMB Bank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- Bank Rakyat – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- Ambank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- Bank Islam – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
- Public Bank – Bayaran bermula pada 28 Jun 2022 secara berperingkat
- Bank Hong Leong – Bayaran bermula pada 28 Jun 2022 secara berperingkat