BKM Fasa 2 : Tarikh Rasmi Bayaran BKM Fasa 2 Telah Diumumkan Sebentar Tadi

tarikh rasmi bayaran bkm fasa 2

Alhamdulillah!
Berita yang di nanti-natikan oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini telahpun diumumkan sebentar tadi.

Sebentar tadi, menerusi sidang media yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, beliau mengumumkan bahawa bayaran BKM Fasa 2 akan mula dilaksanakan pada 27 Jun 2022 ini.

Bukan itu sahaja, bantuan tambahan tunai pun akan diberikan apabila pengkreditan bayara fasa kedua diberikan.

Untuk info penuh, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Untuk makluman, Bantuan Tunai Tambahan sebanyak RM50-RM100 akan diberikan kepada setiap isi rumah B40 dan bujang.

Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.

BKM Fasa 2


Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Sebentar tadi melalui sidang media ringkas oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa, tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada :
  • 27 JUN 2022 (ISNIN)
Maka terjawablah sudah pertanyaan netizen/warganet mengenai tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 ini.

SEMAKAN BKM

Semakan status kelayakan BKM Fasa 2 boleh dilakukan bermula :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

BAYARAN KHAS TAMBAHAN BKM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan kepada setiap penerima golongan B40 yang layak.

BKM Tambahan sebanyak RM100 untuk isi rumah, manakala RM50 untuk golongan bujang.

Keseluruhan BKM Tambahan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion yang akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.

  • Kategori B40 Isi Rumah : RM100
  • Bujang : RM50

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

Isi rumah (Kahwin) – Berumur 59 tahun dan ke bawah

Pendapatan RM0 – RM2500 : 

  • RM200 (Tiada anak)
  • RM300 (1-2 anak)
  • RM400 (3 anak & ke atas)

Pendapatan RM2501 – RM5000 : 

  • RM100

Isi rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)

Pendapatan RM0 – RM2500 : 

  • RM200 (Tiada anak)
  • RM300 (1-2 anak)
  • RM400 (3 anak & ke atas)

Pendapatan RM2501 – RM5000 : 

  • RM100

Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak :

Pendapatan RM0 – RM2500 : 

  • RM300 (1-2 anak)
  • RM400 (3 anak & ke atas)

Pendapatan RM2501 – RM5000 : 

  • RM100

Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak (Umur 59 tahun dan ke bawah)

Pendapatan RM0 – RM2500 

  • Tidak dapat

Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas (Umur 60 tahun dan ke atas)

Pendapatan RM0 – RM5000 

  • RM150

NOTA : Kadar bayaran diatas adalah tidak termasuk bayaran tambahan (RM100-RM50) yang telah diumumkan sebentar tadi.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

1 thought on “BKM Fasa 2 : Tarikh Rasmi Bayaran BKM Fasa 2 Telah Diumumkan Sebentar Tadi”

Leave a Comment