Terbaru, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa, proses untuk membuat kemaskini maklumat BKM hendaklah dibuat bermula hari ini.
Ianya bertujuan agar tiada individu yang tercicir dalam menerima bayaran bantuan BKM 2022 ini.
Ikuti maklumat ringkas dibawah.
KEMASKINI MAKLUMAT ASAS
Bagi penerima yang berstatus LULUS dan tidak pernah mengemukakan permohonan rayuan BKM sebelum ini, anda diminta untuk membuat kemaskini maklumat asas sekarang.
Permohonan kemaskini Maklumat Asas BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berhampiran lokasi anda.
Kemaskini atas talian boleh dilakukan di https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login .
Bagi kemaskini cara manual pula, anda boleh muat turun borang berikut :
Borang Kemaskini Maklumat Asas
TARIKH TEMPOH KEMASKINI
Tempoh pembukaan skrin semula bagi kemaskini Maklumat Asas BKM 2022 ini bermula :
- 20 JUN – 30 JUN 2022