JKM 2022 : Senarai Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sebagai sebuah Kerajaan yang sentiasa prihatin dalam menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, sudah tentu pelbagai bantuan akan diberikan khususnya untuk golongan yang terjejas agar golongan ini dapat meneruskan kehidupan lebih selesa.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial di Malaysia. Pelbagai jenis bantuan yang disediakan melalui agensi seperti ini dan ianya akan diberikan pada setiap bulan sekiranya individu tersebut berkelayakan.
Untuk itu, kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai beberapa jenis bantuan yang anda boleh mohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ikuti perkongsian dibawah.
SENARAI BANTUAN JKM
Berikut adalah beberapa senarai bantuan yang anda boleh mohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berserta cara untuk memohon :
Bantuan Anak Pelihara (RM250-RM500)
Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan satu bantuan bertujuan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / piatu, tidak mempunyai saudara mara agar terus tinggal di dalam masyarakat yang harmoni.
Cara Mohon : Permohonan Bantuan Anak Pelihara
Bantuan Warga Emas (RM500)
Objektif utama bantuan untuk Warga Emas ini disediakan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti setempat.
Cara Mohon : Permohonan Bantuan Warga Emas
Bantuan Latihan Perantis (RM200)
Tujuan utama Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Cara Mohon : Permohonan Bantuan Latihan Perantis
Bantuan Kanak-Kanak (Maksimum RM1000)
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak-kanak iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM. Di mana, ianya akan meliputi seluruh kanak-kanak yang ada di Malaysia bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Cara Mohon : Permohonan Bantuan Kanak-Kanak
Bantuan Am Persekutuan (RM350)
Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.
Cara Mohon : Permohonan Bantuan Am Persekutuan
Bantuan Geran Pelancaran JKM (RM2700)
Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai (one-off).
Individu yang layak akan menerima maksimum RM2700.
Cara Mohon : Permohonan Geran Pelancaran JKM
Bantuan Orang Kurang Upaya (RM500)
Untuk makluman anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan satu bantuan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Jika anda salah seorang diantaranya ataupun penjaga bagi golongan ini, anda layak untuk memohon bantuan yang disediakan ini.
Cara Mohon : Permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya
MAKLUMAT LANJUT
Untuk lebih lanjut, anda boleh rujuk di web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu : https://www.jkm.gov.my/