BKM Fasa 2 : Tiada Bayaran Untuk Kategori Bujang

judul gambar

Tiada Bayaran Untuk Kategori Bujang

Alhamdulillah, bayaran fasa pertama Bantuan Keluarga Malaysia telahpun selesai dilaksanakan dimana ianya telah bermula pada 28 Mac lalu.

Buat masa ini, seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti mengenai bilakah tarikh rasmi bayaran bantuan BKM Fasa 2? Kerana, seperti yang telah dijadualkan bayaran fasa kedua akan diberikan pada bulan Jun ini. Namun, tiada makluman tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.

judul gambar

Untuk makluman semua, seramai 8.6 juta penerima telah mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan dimana ianya merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Tarikh bayaran bagi BKM Fasa 2 ini akan mula dilaksanakan pada :

  • JUN 2022
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan ketika ini. Pihak kami akan maklumkan sekiranya mendapat info mengenainya.

TIADA BAYARAN FASA 2 (KATEGORI BUJANG)

Untuk makluman semua, kategori bujang mempunyai 2 kategori umur di mana, tiada bayaran akan diberikan sekiranya anda berada di kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak (berumur bawah 59 tahun)
Sila rujuk jadual dibawah :


Namun, sekiranya anda berada di kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak (berumur 60 tahun ke atas), anda layak untuk menerima bayaran pada Fasa 2 nanti. 

Sila rujuk jadual dibawah :

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

Isi rumah (Kahwin) – Berumur 59 tahun dan ke bawah

Pendapatan RM0 – RM2500

  • RM200 (Tiada anak)
  • RM300 (1-2 anak)
  • RM400 (3 anak & ke atas)

Pendapatan RM2501 – RM5000 : 

  • RM100

Isi rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)

Pendapatan RM0 – RM2500 : 

  • RM200 (Tiada anak)
  • RM300 (1-2 anak)
  • RM400 (3 anak & ke atas)

Pendapatan RM2501 – RM5000 : 

  • RM100

Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak :

Pendapatan RM0 – RM2500 : 

  • RM300 (1-2 anak)
  • RM400 (3 anak & ke atas)

Pendapatan RM2501 – RM5000 : 

  • RM100

Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak (Umur 59 tahun dan ke bawah)

Pendapatan RM0 – RM2500

  • Tidak dapat

Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas (Umur 60 tahun dan ke atas)

Pendapatan RM0 – RM5000

  • RM150

Rujuk jadual di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 1 :


KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment