Program Bantuan Kewangan Belia RM1,200 Sebulan
Ketika ini, rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah bayaran kedua bagi bantuan BKM Fasa 2 akan dilaksanakan. Sehingga kini, pihak Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi bilakah ianya akan mula diberikan.
Namun, tahukah anda selain bantuan BKM, terdapat bantuan lain yang boleh anda manfaatkan khususnya untuk golongan belia di Malaysia. Di mana, golongan belia yang masih menganggur ataupun belum memiliki pekerjaan anda boleh menerima bantuan kewangan sehingga RM1,200 setiap bulan.
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan ini. Ikuti perkongsian dibawah.
PROGRAM BANTUAN KHAS
Profram ini dapat memberikan peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan untuk mendapatkan pengalaman kerja.
Pelaksanaan ini amat tepat bagi meningkatkan mutu kualiti setiap belia sebelum menempuh kerjaya yang lebih berat dan mencabar dalam masa yang sama meningkatkan kepercayaan majikan terhadap mereka.
Oleh itu, kerajaan telah membuat keputusan bagi melaksanakan sebuah program khususnya untuk beli yang menganggur atau belum memiliki pekerjaan.
INSENTIF KEWANGAN
Program ini menawarkan gaji atau elaun sekurang-kurangnya RM1,200 bagi setiap bulan dalam tempoh tertentu.
Apa yang menarik, bukan pekerja sahaja yang akan mendapatkan manfaat program ini, para majikan pun turut akan menerima bayaran RM1,000.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan :
- Pemohon mestilah belum bekerja / belum mendapat pekerjaan.
- Pemohon haruslah Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BELIA
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon :
Langkah 1
- Sila layari web Perdana Kerjaya Perkeso Malaysia https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
Langkah 2
- Untuk permohonan baharu, sila Daftar Masuk terlebih dahulu dan lengkapkan butiran yang diperlukan.
Langkah 3
- Seterusnya, sila hantar permohonan pekerjaan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan aduan, sila rujuk portal rasmi PERKESO iaitu https://eaduansip.perkeso.gov.my/