Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban pada yang memerlukan. Ini menunjukkan kerajaan sedia ada sentiasa komited bagi menjamin kehendak dan keperluan rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.
Terbaru, RISDA telah melancarkan satu program bantuan kewangan khas untuk para pekebun kecil bagi tahun 2022 ini dimana pekebun kecil yang berkelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM600.
Untuk itu, kali ini pihak kami ingin berkongsi kepada anda mengenai bagaimana cara untuk memohon dan apakah syarat-syarat kelayakan dalam memohon bantuan BMT ini. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh RISDA dan akan diberikan kepada para pekebun kecil bagi membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung ekoran musim tengkujuh.
Untuk makluman semua, bantuan seperti ini akan dilaksanakan pada setiap tahun dan para pekebun yang layak mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM600.
KADAR BANTUAN
Penerima yang berkelayakan bagi mendapat bantuan ini, bayaran akan diberikan dengan melalui dua fasa iaitu :
- Fasa 1 : RM300
- Fasa 2 : RM300
Bermakna, jumlah keseluruhan bayaran bantuan ini adalah RM600.
SYARAT KELAYAKAN
Bagi anda yang ingin memohon bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah ini dan ianya mengikut 2 kategori iaitu:
1. PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
- Mempunyai PAT-G
TEMPOH PERMOHONAN
Sebarang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilakukan :
- Permohonan BMT 2021 dibuka mulai 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022.
CARA MEMOHON
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan seperti :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :
Ibu Pejabat RISDA, Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur.
TEL : 03-4256 4022 | 03-4256 5599
EMAIL : pekebunkecilmakmur@gmail.com