Dalam menghadapi kemelut ekonomi ketika ini berikutan pandemik Covid-19, pelbagai bantuan telah disalurkan dalam membantu dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kerajaan negeri juga tidak ketinggalan dalam menghulurkan sumbangan mahupun bantuan bagi membantu agar mereka yang terjejas dapat meneruskan hidup dengan sempurna.
Terkini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak. Maka dengan itu, kerajaan negeri Selangor telah mempekenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Mari kita ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan KISS ini.
KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan sebuah program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu dan merupakan sebuah program kebajikan khusus bagi golongan ibu berpendapatan rendah (B40).
Pelaksanaan program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
JENIS BANTUAN
Beberapa jenis bantuan yang boleh didapatkan menerusi program ini, antaranya :
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- RM200 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatik
PENGGUNAAN KAD KISS
Berikut adalah langkah dalam penggunaan kad KISS :
SENARAI BARANGAN
Dengan penggunaan Kad KISS tersebut, beberapa jenis barangan yang anda boleh dapatkan di pasaraya yang telah berdaftar. Antara barangan seperti :
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayuran dan buah-buahan
- Daging, ayam, ikan
- Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
- Lampis pakai buang (bayi dan dewasa)
- Produk tenusu
- Barangan persekolahan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
- Pendapatan isi rumah bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Berdaftar dengan eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / Diverifikasi oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan
CARA MOHON
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke web rasmi KISS iaitu https://www.kiss.com.my/