BKM Fasa 2 : Semakan Kadar & Tarikh Bayaran Kategori Bujang
Oktober lalu melalui pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperkenalkan satu bantuan baru yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia pada tahun ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 1 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telahpun dilaksanakan pada bulan Mac lalu di mana seramai 8.6 juta penerima telah mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi setiap kategori.
Seperti yang telah di jadualkan, bayaran BKM akan melalui 4 fasa dan pada bulan Jun ini, penerima yang layak akan menerima bayaran BKM Fasa 2.
KADAR BAYARAN BKM BUJANG
- Isi Rumah mempunyai 3 orang anak – RM2,000
- Bapa tunggal / ibu tunggal – RM500
- Warga Emas – RM300
Bujang dan Berpendapatan di bawah RM2,500
- RM350
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berpendapatan RM600 kebawah
Bayaran BKM Bujang Fasa 2
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
NOTA : Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.
TARIKH BAYARAN BKM BUJANG FASA 2
Bayaran BKM bagi kategori bujang ini akan dilakukan secara berperingkat iaitu sebanyak 4 Fasa bayaran. Ianya dijangka akan bermula pada :
- JUN 2022
Namun, tarikh rasmi bayarannya belum ada lagi dimaklumkan. Walaubagaimanapun, pihak kami jangkakan ianya akan bermula pada PENGHUJUNG JUN ini.
SYARAT KELAYAKAN BKM BUJANG
Sekiranya anda masih ‘bujang’ dan ingin mendapatkan bantuan kewangan BKM Bujang ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan ini :
- Bujang atau ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 tahun – 59 tahun
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 ke bawah
KAEDAH BAYARAN BKM BUJANG
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
SEMAKAN STATUS BKM BUJANG
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/