BKM 2022 : Bayaran Tambahan Untuk Ibu Bapa Tunggal RM500

bayaran tambahan RM500

Kini kita berada di bulan Jun 2022. Seperti yang dijanjikan, pada bulan ini bayaran Fasa kedua bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada yang layak. 

Bagi kategori Ibu/bapa tunggal juga tidak ketinggalan dalam menerima manfaat ini, bahkan bagi kategori ini layak untuk menerima maksimum bantuan sebanyak RM2500 sekiranya memenuhi kriteria kelayakan. Ikuti perkongsian dibawah mengenai kategori ini.

BAYARAN TAMBAHAN RM500

Strategi 1 : MEMULIH KEHIDUPAN DAN MATA PENCARIAN

  • Inisiatif 1 : Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Ini bermakna, ibu bapa yang berkelayakan akan menerima bayaran BKM sehingga maksimum RM2500. Berikut di kongsikan contoh kiraan nya :

  • Bayaran BKM Asas – RM2000 (Sekiranya mempunyai 3 Orang anak)
  • Bayaran Tambahan BKM – RM500 (Ibu/Bapa Tunggal)
    RM2000 + RM500 =
    JUMLAH KESELURUHAN : RM2500

bayaran tambahan rm500
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    i) Kahwin
    ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
     
  3. Bujang
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
     
bayaran tambahan rm500

PERMOHONAN BKM

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan. 

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 

Nota : Untuk makluman semua, sebarang permohonan baru dan kemaskini maklumat telah pun berakhir pada 31 Januari lalu.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran tambahan rm500

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment