Oktober lalu melalui pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperkenalkan satu bantuan baru yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia pada tahun ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Dengan adanya bantuan seperti ini, rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas dan tidak berkemampuan sudah pasti akan menarik nafas lega sekurang-kurangnya ianya dapat membantu bagi menampung kos perbelanjaan mereka.
Beberapa kategori akan mendapat manfaat dengan pelaksanaan BKM 2022 kali ini. Namun kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai kadar bayaran bagi kategori bujang kerana kategori ini akan menerima kadar bayaran yang berbeza.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
KADAR BAYARAN BKM BUJANG
- Isi Rumah mempunyai 3 orang anak – RM2,000
- Bapa tunggal / ibu tunggal – RM500
- Warga Emas – RM300
Bujang dan Berpendapatan di bawah RM2,500
- RM350
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berpendapatan RM600 kebawah
SYARAT KELAYAKAN BKM BUJANG
Sekiranya anda masih ‘bujang’ dan ingin mendapatkan bantuan kewangan BKM Bujang ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan ini :
- Bujang atau ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 tahun – 59 tahun
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 ke bawah
PERMOHONAN / KEMASKINI BKM BUJANG
Untuk makluman semua, proses permohonan dan kemaskini maklumat BKM 2022 telah pun ditutup pada 31 JANUARI lepas.
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Nota : Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan sekiranya anda sebelum ini berstatus bujang kepada berkahwin ataupun maklumat akaun bank telah berubah.
KAEDAH BAYARAN BKM BUJANG
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
TARIKH BAYARAN BKM BUJANG
- JUN 2022
SEMAKAN STATUS BKM BUJANG
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/