Senarai Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Jun 2022
Senarai tarikh penting bantuan kerajaan bagi Jun 2022. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ia termasuklah bantuan-bantuan yang dilaksanakan di bawah Belanjawan 2022 dan pelbagai lagi pengumuman-pengumuman lain.
Oleh itu, berikut adalah adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan pada bulan Jun 2022.
SENARAI BANTUAN JUN 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2
Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Pendaftaran SADE dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Jumlah bayarannya pula adalah sebanyak RM300 untuk setiap fasa (jumlah keseluruhan RM600). Penerima BMT 2022 yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telahdidaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Bantuan Bina Rumah & Baiki Rumah
Selain itu, terdapat sebuah lagi insitif yang diperkenalkan iaitu Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun.
Manakala, pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun.