Benarkah Bayaran BKM Fasa Kedua Bermula 15 Jun Ini?
Kita sedia maklum bahawa, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan Jun ini seperti yang telah dijadualkan.
Apa yang di lihat melalui perkongsian di media sosial, ada yang mengatakan bayaran fasa 2 akan mula di laksanakan pada 15 Jun dan segelintir warganet mengharapkan agar bayaran BKM Fasa 2 akan diberikan pada tarikh tersebut.
Untuk itu, pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai rumusan yang telah pihak kami buat mengenai tarikh bayaran fasa kedua yang bermula daripada BR1M 2015 terdahulu sehingga BPR 2021.
Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.
SEMAKAN BKM
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah.
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.
TARIKH BAYARAN
Berikut adalah tarikh-tarikh rasmi bayaran fasa pertama yang pernah dilaksanakan bermula daripada BR1M 2015, BSH, dan BPR 2021 :
BR1M 2015
BR1M 2017
BR1M 2018
BSH 2019
BSH 2020
BPR 2021
Jangkaan Tarikh Bayaran Fasa 2
Merujuk pada tarikh-tarikh bayaran Fasa 2 bantuan bemula BR1M 2015 hingga BPR 2021, pihak kami menganggap bahawa tidak mustahil bayaran akan dilaksanakan bermula 15 Jun nanti dan hanya BSH 2020 / BPR 2021 sahaja bayaran fasa kedua dilaksanakan pada pertengahan bulan.
Walaubagaimanapun, ianya hanya jangkaan sahaja.
NOTA : Mengenai tarikh yang kami berikan diatas, ianya sekadar tarikh jangkaan mengikut rujukan tarikh-tarikh bayaran bantuan sebelum ini.
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
1. Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
- Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
- Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
- Bujang (<RM2,500)* : RM350
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
SOALAN LAZIM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/