4 Langkah Mudah Beli Rumah Guna Wang KWSP

KWSP - cara beli rumah7

Ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya para pencarum KWSP tidak tahu mengenai hal yang kami ingin kongsikan ini. 

Tahukah anda, sekiranya anda pencarum KWSP, anda boleh membuat pengeluaran duit simpanan anda untuk tujuan membeli rumah ataupun membiayai bayaran bulanan rumah anda.

Selain itu, pinjaman bank tu kira wajib untuk diambil. Tapi, tidak salahkan sekiranya anda menggunakan duit anda sendiri yang anda simpan melalui akaun 2 KWSP anda.

Untuk itu, ikuti perkongsian dibawah bagaimana untuk membuat pengeluaran wang KWSP bagi tujuan biayai rumah dan bayaran pinjaman rumah.

LANGKAH-LANGKAH

Terdapat beberapa langkah yang anda mesti ambil kira dalam melakukan proses tersebut :

Langkah 1 : Tentukan dahulu macam mana nak guna duit KWSP

  • Fahami dengan teliti mengenai simpanan KWSP
    • Duit KWSP yang ada dibahagi pada dua akaun. Akaun 1 untuk masa bila anda bersara, tapi kalau nak guna untuk biayai rumah boleh guna dari Akaun 2
    • Duit dalam Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk sebab tertentu, contohnya :
      – Beli/bina rumah pertama (atau kedua dengan syarat rumah yang pertama telah dijual, atau dalam proses untuk dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah dibayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
      – Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua
      – Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.
  • Jadual dibawah adalah amaun yang boleh dikeluarkan :

    KWSP - cara beli rumah1

Langkah 2 : Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi :
  • Warganegara Malaysia atau,
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran Meninggalkan Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan pilih untuk menyumbang balik pada KWSP
  • Bukan Warganegara Malaysia :
    • Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
    • Mendapat status penduduk Tetap (PR) Malaysia
  • Umur belum mencecah 55 tahun
  • Baki simpanan dalam Akaun 2 minimum RM500
  • Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman
  • Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun selepas tandatangan SPA
  • Anda sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan caruman sudah dijual/dilupuskan
  • Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri

Langkah 3 : Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokumen yang perlu anda lengkapkan dan isi dengan betul :
  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C-AHLI]
  • Salinan original SPA.
  • Salingan kad pengenalan
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda
  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank
  • Bukti perhubungan 
    • Ini untuk pembelian bersama yang melibatkan pasangan anda atau keluarga terdekat, ibu bapa atau adik-beradik. Untuk pembelian bersama dengan saudara terdekat, anda kena hantar sekali surat penerangan untuk beritahu kenapa buat pembelian bersama.

Langkah 4 : Mohon Pengeluaran melalui i-Akaun

Sekarang kan era digital, jadi pada yang suka buat semua benda online, nak mohon untuk pengeluaran ni pun boleh buat online juga, hanya guna i-Akaun dengan KWSP.
Kalau belum daftar lagi, sila ikut langkah-langkah di bawah ni:
  1. Daftar i-Akaun kat mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan. Nanti anda akan dapat ID pengguna dan kata laluan sementara.
  2. Dalam masa 30 hari, pergi ke laman web http://www.kwsp.gov.my/ms/. Tekan pada “Log Masuk” kat sebelah atas kanan dan pilih “AHLI (I-AKAUN)”.
KWSP - cara beli rumah2
  1. Masukkan ID pengguna yang dapat masa daftar tu pada “ID PENGGUNA”. Lepas itu tekan “Teruskan”.
KWSP - cara beli rumah3
  1. Masukkan kata laluan yang dapat masa daftar pada “Kata Laluan”. Lepas itu tekan “Log Masuk”.
KWSP - cara beli rumah4
  1. Lepas tu anda akan nampak Terma & Syarat dia. Pilih “Setuju” dan tekan “Teruskan”.
  2. Page seterusnya ialah “Pengaktifan i-Akaun” yang mana kena letak kata laluan sendiri. Untuk tujuan keselamatan, kena juga pilih gambar dan ungkapan rahsia. Pastikan anda ingat dua-dua benda ni tau (sangat penting sebab nak pastikan yang anda login pada laman web yang betul, bukannya laman web KWSP yang palsu).
  3. i-Akaun anda sudah beres!
Bila dah daftar masuk, pergi ke page “Withdrawal” dan tekan pada “New Application” untuk memulakan proses permohonan.

CARA PEMBAYARAN

Terdapat dua kaedah pembayaran yang boleh dibuat iaitu : 

Bayaran Dalam Malaysia

  • Bayaran pengeluaran kan dikreditkan terus ke akaun bank ahli dengan syarat:
  • Ahli mempunyai akaun bank aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik
  • Bayaran dibuat dalam matawang ringgit malaysia
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank

Bayaran Luar Malaysia

  • Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut:
  • Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara draf bank asing atau
  • Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara draf bank asing.

Leave a Comment