BKM Fasa 2 : Semakan Dan Tarikh Bayaran Kategori Bujang
Oktober lalu melalui pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperkenalkan satu bantuan baru yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia pada tahun ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 1 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telahpun diberikan kepada penerima yang layak pada Mac lalu.
Beberapa kategori telah mendapat manfaat dengan pelaksanaan BKM 2022 kali ini. Oleh itu, pihak kami ingin kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenainya.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
KADAR BAYARAN BKM BUJANG FASA 2
- RM150
TARIKH BAYARAN BKM BUJANG FASA 2
Bayaran BKM Fasa 2 bagi kategori bujang ini akan dilakukan secara berperingkat iaitu :
- JUN 2022
Namun, tarikh rasmi bayarannya belum ada lagi dimaklumkan. Walaubagaimanapun, pihak kami jangkakan ianya akan bermula pada pertengahan Jun ini.
SYARAT KELAYAKAN BKM BUJANG
Sekiranya anda masih ‘bujang’ dan ingin mendapatkan bantuan kewangan BKM Bujang ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan ini :
- Bujang atau ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 tahun – 59 tahun
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 ke bawah
PERMOHONAN / KEMASKINI BKM BUJANG
Untuk makluman semua, proses untuk membuat rayuan bagi individu yang gagal / tidak lulus ketika bayaran fasa 1, tempoh rayuan telahpun berakhir pada 1 Jun 2022.
KAEDAH BAYARAN BKM BUJANG
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
SEMAKAN STATUS BKM BUJANG
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/