Tebus Kredit eWallet Berjumlah RM150 Sebelum 10 Jun 2022
Ingin di ingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekiranya anda dikalangan yang berkelayakan untuk menerima bantuan e-Wallet percuma berjumlah RM150, anda diminta untuk menebus bantuan tersebut sebelum 10 Jun 2022.
Untuk makluman anda, bantuan ini telah diumumkan ketika pembentangan belanjawan 2022 pada Oktober lalu oleh Tengku Zafrul iaitu Menteri Kewangan Malaysia.
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menebus bantuan e-Wallet RM150 ini.
Ikuti perkongsian dibawah.
PROGRAM e-PEMULA
Bajet 2022 kali ini tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada para belia khususnya mereka yang berumur diantara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia yang layak.
KADAR BAYARAN e-PEMULA
Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta dan bakal memanfaatkan seramai 2 juta penerima, setiap belia yang layak akan menerima sebanyak :
- RM150 (One-off)
SYARAT KELAYAKAN
Pemberian bantuan e-dompet (e-start) akan diberikan kepada belia yang berkelayakan seperti :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18-20 tahun
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
TARIKH TEBUS RM150
Tarikh untuk anda menebus kredit percuma ini bermula :
- 11 APRIL 2022 – 10 JUN 2022
KAEDAH TEBUS RM150
SHOPEE
- Sila aktifkan dan mengesahkan akaun ShopeePay anda.
- Klik pautan berikut : ShopeePay RM150
- Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil swafoto dan melengkapkan maklumat peribadi anda.
- RM150 daripada kerajaan akan dsikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak mendapat ganjaran e-Pemula ekslusif daripada Shopee.
GRAB PAY
- Buka aplikasi Grab pada telefon bimbit anda.
- Lihat paparan utama dan anda akan melihat ‘Tuntut Baucar bernilai RM360 dengan e-Pemula‘
- Kemudian anda hanya perlu mengesahkan identiti pada akaun GrabPay anda.
- Setelah selesai, anda boleh menggunakan ganjaran e-Pemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat RM150 e-Pemula kredit eWallet, Baucary GrabFood RM150, Promo RM60 dipilih daripada peniaga Grab.
Touch N GO
- Sila muat turun aplikasi Touch ‘N’ Go di telefon bimbit anda.
- Sila lengkapkan pengesahan anda kemudian aktifkan pengesahan IC dan swafoto.
- Lengkapkan butiran peribadi anda di ruangan yang disediakan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Program e-Start ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di : https://budget.mof.gov.my/2022/