Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan salah satu agensi kerajaan yang diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Sekiranya anda sudah memiliki tanah atau ahli keluarga terdekat yang memiliki tanah sendiri, anda layak untuk membuat permohonan bagi menerima bantuan sebanyak RM60,000 melalui Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian di bawah.
SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP)
SPP diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenalai sebaai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.
Ianya adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini dapat memiliki rumah idaman mereka.
SYARAT-SYARAT SKIM PINJAMAN PERUMAHAN
Syarat kelayakan bagi permohonan ianya terbahagi kepada beberapa syarat yang perlu anda penuhi.Sekiranya anda ingin membuat permohonan, pastikan anda memiliki kriteria syarat kelayakan seperti dibawah :
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
- Berumur 21 – 70 tahun
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
- Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi umah di antara RM1,000 sehingga RM3,000 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Syarat Pinjaman
Syarat pinjaman bagi permohonan Skim Pinjaman Perumahan ini adalah :
- Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
Syarat Pinjaman Generasi Kedua
Bagi syarat pinjaman generisi kedua pula ianya terdiri daripada :
- Pemohon berumur 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua mestilah berumur antara 21 – 35 tahun
- Pendapatan bulanan minimum RM1,000 (bukan kakitangan kerajaan)
- Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
- Generasi kedua hendaklah anak kandung pemohon
Syarat Cagaran Tanah
Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah. Bagi nilai tanah pula hendaklah berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
Bagi tanah milikan secara pajakan, syarat yang perlu anda penuhi adalah :
- Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
- Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
Syarat Pembinaan Rumah
Ciri-ciri rumah sekiranya permohonan anda telah diluluskan adalah seperti berikut :
- Rumah kos rendah
- Keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi
- Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
Bagi syarat pembinaan rumah pula adalah seperti berikut : - Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
- Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
- Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
CONTOH PELAN PROJEK
PERMOHONAN SPP
Sekiranya anda menepati dengan kriteria yang dinyatakan seperti diatas dan ingin membuat permohonan, anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan SPP anda.
KLIK SINI MUAT TURUN BORANG
Pastikan anda mengisi borang permohonan dengan betul dan tepat. Borang yang telah siap di isi hendaklah dihantar ke alamat yang tertera di muka hadapan borang permohonan.
SOALAN LAZIM
Soalan 1
Bagaimanakah caranya untuk membayar balik Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPP)?
Jawapan
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman:
- POSKAN BANK DERAF/KIRIMAN WANG/WANG POS
- BAYARAN SECARA ON-LINE
- BAYARAN MELALUI KAUNTER
Soalan 2
Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pinjaman?
Jawapan
Baki pinjaman boleh disemak melalui aplikasi Whatsapp di talian 017-3387282 atau hubungi talian 03-8891 4166/4206.
Soalan 3
Jawapan
Soalan 4
Jawapan
Soalan 5
Jawapan
Soalan 6
Jawapan
Bayaran boleh dibuat sepanjang masa pada setiap bulan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Perumahan ini, anda boleh merujuk kepada :
Bahagian Pengurusan Perumahan
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks : 03-8891 4269
Emel : spp@kpkt.gov.my