Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK Sebanyak RM1800
Alhamdulillah, sehingga kini pelbagai bantuan kewangan telah diberikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu bagi menjamin keselesaan khususnya yang terjejas.
Dengan bantuan yang terlalu banyak dan tanpa henti disalurkan, sehinggakan ada beberapa bantuan yang kita ketinggalan dan tidak tahu mengenainya.
Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan mengenai bantuan berikutnya dimana setiap individu yang layak akan menerima bayaran maksimum RM1,800. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN BKPKK
Beberapa objektif bagi pelaksanaan BKPKK ini antaranya :
- Membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional.
- Meningkatkan kemahiran hidup.
- Memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
SYARAT KELAYAKAN BKPKK
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan/kriteria yang telah ditetapkan :
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah ;
- Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
CARA MOHON BKPKK
Berikut adalah cara-cara untuk memohon :
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
KADAR BANTUAN BKPKK
Berikut adalah kadar bayaran bagi bantuan kewangan BKPKK ini :
Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat :
- RM300/sebulan atau ;
- RM1, 800.00 sepanjang satu semester.