BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Tarikh Bayaran BKM TAMBAHAN Berjumlah RM300 & RM500

BKM TAMBAHAN

Anda sedia maklum bahawa, tarikh bayaran bagi pelaksanaan fasa pertama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah bermula 28 Mac lalu.

Pelaksanaan bayaran BKM fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran
sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima dimana ianya akan merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.

Namun, tahukan anda dimana ibu/bapa tunggal akan menerima bantuan tambahan BKM ini sehingga RM500? Oleh itu, ikuti perkongsian dibawah untuk ketahui syarat bagi mendapat bantuan tambahan ini.

BAYARAN TAMBAHAN RM500

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu / Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Ini bermakna, ibu bapa yang berkelayakan akan menerima bayaran BKM sehingga maksimum RM2500. Berikut di kongsikan contoh kiraan nya :

  • Bayaran BKM Asas – RM2000 (Sekiranya mempunyai 3 Orang anak)
  • Bayaran Tambahan BKM – RM500 (Ibu/Bapa Tunggal)
    RM2000 + RM500 =
    JUMLAH KESELURUHAN : RM2500

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

SEMAKAN BKM TAMBAHAN

Sekiranya anda ingin menyemak sama ada anda layak bagi menerima bayaran BKM Tambahan ini, berikut adalah langkah-langkahnya :

  • Sila ke web : https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Masukkan No Kad Pengenalan & klik ‘SEMAK
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik ‘YA‘ jika betul
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini dan klik ‘LOG MASUK’
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Berikut adalah tarikh bayaran bagi BKM Tambahan ini bagi penerima yang layak mengikut setiap fasa bayaran :

  • FASA 1 : MAC 2022
  • FASA 2 : JUN 2022
  • FASA 3 : SEPTEMBER 2022
  • FASA 4 : DISEMBER 2022

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran tambahan rm500

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button