Kategori Yang Tidak Menerima Bayaran BKM Fasa Dua
Alhamdulillah, bayaran fasa pertama Bantuan Keluarga Malaysia telahpun selesai dilaksanakan dimana ianya telah dilaksanakan pada 28 Mac lalu.
Kini kita berada di awal bulan Jun di mana seperti yang telah dijadualkan, bayaran BKM bagi fasa kedua akan dilaksanakan pada bulan ini.
Untuk makluman semua, seramai 8.6 juta penerima telah mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan dimana ianya merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
TARIKH BAYARAN BKM FASA 2
Tarikh bayaran bagi BKM Fasa 2 ini akan mula dilaksanakan pada :
- JUN 2022
KATEGORI YANG TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 2
Namun, sekiranya anda berada di kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak (berumur 60 tahun ke atas), anda layak untuk menerima bayaran pada Fasa 2 nanti.
KADAR BAYARAN BKM FASA 2
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
1. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM300
- 3+ anak : RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak – RM100
- 1 – 2 anak – RM100
- 3+ anak – RM100
2. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) :
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM300
- 3+ anak : RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak : RM100
- 1 – 2 anak : RM100
- 3+ anak : RM100
3. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) :
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- 1-2 anak : RM300
- 3+ anak : RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- 1 – 2 anak : RM100
- 3+ anak : RM100
4. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas :
- Pendapatan RM0 – RM5,000
- RM150
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/