BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM FASA 2 : Rumusan & Jangkaan Tarikh Bayaran Kedua Bulan Jun Ini

BKM FASA 2

Kita sedia maklum bahawa, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan Jun ini seperti yang telah dijadualkan.

Namun, tiada tarikh spesifik mengenainya diumumkan. Untuk itu, pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai rumusan yang telah pihak kami buat mengenai tarikh bayaran fasa pertama yang bermula daripada BR1M 2015 terdahulu sehingga BPR 2021.

Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Berikut adalah tarikh-tarikh rasmi bayaran fasa pertama  yang pernah dilaksanakan bermula daripada BR1M 2015, BSH, dan BPR 2021 :


BR1M 2015


BR1M 2016

BR1M 2017

BR1M 2018

BSH 2019

BSH 2020

BPR 2021


Kesimpulannya di sini, apa yang dapat di lihat melalui perkongsian mengenai tarikh bayaran fasa kedua bermula dari BR1M 2015 sehingga BPR 2021, hanya BR1M 2017 dan BR1M 2018 sahaja dilaksanakan pada awal bulan Jun.

Jangkaan Tarikh Bayaran Fasa 2

Pihak kami dapat simpulkan mengenai bayaran BKM fasa kedua kemungkinan akan dilaksanakan pada pertengahan bulan sekitar antara 10 Jun sehingga hujung bulan Jun nanti

NOTA : Mengenai tarikh yang kami berikan diatas, ianya sekadar tarikh jangkaan mengikut rujukan tarikh-tarikh bayaran bantuan sebelum ini.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

1.    Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

2.   Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3.   Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
 

Bayaran BKM

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Bayaran bkm

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button