BANTUANBELANJAWAN 2022

Semakan Kelayakan Bantuan BMT RM600 Kini Telah Dibuka

BMT RM600

Untuk makluman umum, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban pada yang memerlukan. 

Salah satu bantuan adalah melalui RISDA yang telah diperkenalkan bantuan sebanyak RM 600 kepada yang layak menerima.

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh RISDA dan akan diberikan kepada para pekebun kecil bagi membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung ekoran musim tengkujuh,

Untuk makluman semua, bantuan seperti ini akan dilaksanakan pada setiap tahun dan para pekebun yang layak mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM600. 

KADAR BANTUAN

Penerima yang berkelayakan bagi mendapat bantuan ini, bayaran akan diberikan dengan melalui dua fasa iaitu :

  • Fasa 1 : RM300
  • Fasa 2 : RM300

Bermakna, jumlah keseluruhan bayaran bantuan ini adalah RM600.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi anda yang ingin memohon bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah ini dan ianya mengikut 2 kategori iaitu:

1. PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah 
  • 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
  • Mempunyai PAT-G

TEMPOH PERMOHONAN

Sebarang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilakukan :

  • Permohonan BMT 2021 dibuka mulai 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022. 

CARA MEMOHON

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan seperti :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif

SEMAKAN BANTUAN TELAH DIBUKA

Mana-mana individu yang telah membuat permohonan bagi menerima bantuan BMT 2022 ini, semakan untuk mengetahui status kelayakan kini telah dibuka. Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan :

  1. Membuat semakan melalui web rasmi BMT RISDA : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
    ATAU
  2. Menghubungi pihak RISDA dimana permohonan telah dibuat sebelum ini

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :

Ibu Pejabat RISDA, Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur.

TEL : 03-4256 4022 | 03-4256 5599

EMAIL : pekebunkecilmakmur@gmail.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button