10 Senarai Bantuan Kewangan Untuk Rakyat Malaysia Bulan JUN Ini
Alhamdulillah, kerajaan sedia ada sentiasa memahami akan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas. Akan ada sahaja bantuan yang akan diberikan tanpa putus. Ini menunjukkan bahawa, mereka sentiasa komited menjaga kebajikan dalam menjamin kesejahteraan.
Kini kita berada di awal bulan Jun dimana paling yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dimana ianya akan dilaksanakan pada bulan ini bagi bayaran Fasa Kedua.
Namun, untuk kali ini pihak kami ingin berkongsi kepada anda beberapa jenis bantuan kewangan yang akan dilaksanakan pada bulan Jun ini. Oleh itu, ikuti perkongsian dibawah untuk tahu mengenainya berserta cara untuk memohon.
SENARAI BANTUAN BULAN JUN
Berikut adalah senarai bantuan kewangan yang anda boleh dapatkan pada bulan Jun ini :
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Untuk makluman, seperti yang telah ditetapkan sebelum ini, bayaran BKM fasa kedua akan diberikan pada bulan ini. Individu yang layak bakal menerima bayaran maksimum RM400.
Maklumat Penuh BKM Fasa 2 : BKM Fasa 2 (JUN)
2. Program Bantuan BISTARI (RM100)
Khas untuk anak Sabah. Bayi yang lahir pada tahun 2022, mereka layak untuk menerima bantuan kewangan berjumlah RM100.
Maklumat Penuh BISTARI RM100 : BISTARI RM100 (JUN)
3. Bantuan KISS RM200 Untuk B40
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan sebuah program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu dan merupakan sebuah program kebajikan khusus bagi golongan ibu berpendapatan rendah (B40). Individu yang layak, bakal menerima bantuan kewangan berjumlah RM200
Maklumat Penuh KISS RM200 : KISS RM200 B40 (JUN)
4. Bantuan Laptop Percuma B40
Untuk makluman, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan tablet percuma kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Individu yang layak, diminta agar membuat permohonan.
Maklumat Penuh : Bantuan Laptop Percuma B40 (JUN)
5. Bantuan Kewangan BUDI Sehingga RM2000
Khas untuk pelajar IPT Sabah. Untuk makluman anda, Kerajaan negeri telah membuka permohonan dimana anda layak memohon bantuan sehingga RM2000 melalui program bantuan Kewangan BUDI Sabah.
Maklumat Penuh : Bantuan BUDI Sehingga RM2000 (JUN)
6. Bantuan RM700 Secara Automatik
Penerima BSH / BPR / BKM layak untuk menerima bantuan kewangan sehingga RM700 ini.
Maklumat Penuh : Bantuan RM700 Secara Automatik (JUN)
7. Bantuan Musim Tengkujuh RM600
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh RISDA dan akan diberikan kepada para pekebun kecil bagi membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung ekoran musim tengkujuh. Mereka yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM600.
Maklumat Penuh : Bantuan Musim Tengkujuh RM600 (JUN)
8. Bantuan Warga Emas
Untuk makluman semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan satu bantuan khas untuk Warga Emas secara bulanan. Mereka yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM500 untuk setiap bulan.
Maklumat Penuh : Bantuan Warga Emas RM500 (JUN)
9. Bantuan Kewangan RM2700 Untuk Peniaga
Bantuan ini adalah bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui program Geran Pelancaran JKM. ianya adalah inisiatif dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai (one-off).
Maklumat Penuh : Geran Pelancaran JKM RM2700 (JUN)
10. Bantuan Kewangan Belia RM200
Para belia di Malaysia layak untuk mendapat bantuan kewangan secara bulan sebanyak RM200. Bantuan ini telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi program Bantuan Latihan Perantis.
Maklumat Penuh : Bantuan Latihan Perantis RM200 (BLP)
Moga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua.