BANTUANPERMOHONAN/SEMAKAN

Program Bantuan Kewangan ANIS RM5000 Secara One-Off

Alhamdulillah, kerajaan sedia ada sentiasa memahami akan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas. Akan ada sahaja bantuan yang akan diberikan tanpa putus. Ini menunjukkan bahawa, mereka sentiasa komited menjaga kebajikan dalam menjamin kesejahteraan.

Terbaru, kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan untuk rakyat negeri itu bagi memohon bantuan kewangan melalui program Anak Istimewa Selangor (ANIS) di mana, setiap kelayakan mereka akan diberi bayaran secara one-off sehingga RM5,000.

Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut.

OBJEKTIF BANTUAN ANIS

Berikut adalah objektif utama dalam pelaksanaan bantuan ANIS ini :

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

SYARAT KELAYAKAN

Buat rakyat Selangor yang ingin memohon bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
  3. Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah; DAN
  4. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);
  5. Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM; ATAU
  6. Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU).

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah langkah dan cara untuk membuat permohonan bantuan ANIS :

  1. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui atas talian : https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta untuk mengisi borang permohonan bersama lampiran dokumen
  3. Borang permohonan dan dokumen yang telah lengkap hendaklah di hantar di alamat berikut :

    Pejabat YAWAS
    Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan
    Negeri Selangor, 40000 
    Shah Alam, Selangor.

Nota : Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan dalam permohonan bantuan ANIS :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
    1. Salinan Kad Pengenalan pasangan.
    2. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
    3. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
    4. Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
    5. Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
    6. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
    7. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
    8. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
    9. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ANIS, sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068



    Related Articles

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Back to top button