Program Bantuan Khas BISTARI RM100

Kita sebagai rakyat Malaysia merasa bertuah kerana pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Dalam era yang penuh mencabar bermula dua tahun lepas dengan kehadiran pandemik global seperti Covid-19, ianya telah mencacatkan sektor ekonomi negara sekaligus memberi kesan terhadap pendapatan isi rumah keluarga di Malaysia. Atas dasar keprihatinan kerajaan Malaysia, bantuan kewangan sentiasa dihulurkan buat mereka yang memerlukan.

Namun tahukah anda, terdapat satu inisiatif kewangan tunai yang boleh anda manfaatkan telah disediakan oleh Kerajaan? Bantuan yang pihak kami maksudkan adalah Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dimana setiap individu yang layak bakal menerima sebanyak RM100.

Ikuti perkongsian berikut untuk tahu lebih lanjut.

SYARAT KELAYAKAN BISTARI RM100

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap permohonan bantuan BISTARI ini, antaranya :

  • Bayi wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah dan lahir pada tahun 2022
  • Ibu bapa atau penjaga berasal dari negeri Sabah.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima berumur 18 tahun.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman semua, tarikh permohonan telah dibuka sepanjang tahun 2022 dimana ianya bermula :

  • 1 Januari – 31 Disember 2022

CARA MEMOHON

Terdapat dua kaedah permohonan yang boleh anda lakukan antaranya :

Atas Talian (Online)

    • Layari pautan permohonan iaitu : https://cutt.ly/OnlineBISTARI
    • Lengkapkan borang permohonan di pautan tersebut.
    • Muat naik dokumen yang diperlukan
    • Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
    • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Borang Permohonan

    • Muat turun borang permohonan di pautan berikut : https://cutt.ly/BorangBistari
    • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
    • Sediakan dokumen yang diperlukan.
    • Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas,
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan BISTARI, sila layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau hubungi 088-369872/012-8662419.

Leave a Comment