Kini kita berada di penghujung bulan Mei. Seperti yang telah dijadualkan, bayaran BKM fasa 2 akan mula dilaksanakan bulan hadapan Jun 2022. Namun, tiada tarikh spesifik bilakah ianya akan diberikan.
Seramai 8.6 juta penerima telah mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan dimana ianya merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang pada Fasa 1.
Untuk makluman semua, hanya dua kategori yang akan mendapat bayaran maksimum RM400 pada fasa 2 nanti. Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda mengenainya. Ikuti perkongsian dibawah.
TARIKH BAYARAN BKM FASA 2
Tarikh bayaran bagi BKM Fasa 2 ini akan mula dilaksanakan pada :
- JUN 2022
KADAR BAYARAN BKM FASA 2
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi kategori penerima yang layak menerima bayaran maksimum RM400 :
1. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :
2. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
3. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
NOTA : Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/