Musim perayaan sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia bagi melangsungkan hari perkahwinan lebih-lebih lagi di Aidilfitri ini.
Namun, adakah anda tahu bahawa setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan boleh memohon bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM1,000?
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
SKIM BANTUAN GERBANG AZ-ZIWAAJ
Skim bantuan Gerbang Az-Ziwaaj adalah skim bagi membantu golongan/pasangan yang kurang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan di negeri Kelantan.
Untuk makluman anda, skim ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi. Sehingga kini, RM23,768,000 telah dibelanjakan dimana setiap pasangan yang layak telah menerima bantuan RM1,000 secara one-off. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
KADAR BANTUAN
Bagi individu yang layak untuk menerima bantuan ini, pasangan tersebut akan menerima bantuan kewangan berjumlah :
- RM1,000 (one-off)
SYARAT KELAYAKAN
Bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan dan ingin memohon bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria seperti di bawah :
- Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
- Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
- Perkahwinan kali pertama (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).
- Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.
- Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).
- Bantuan ini boleh dimohon oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk memohon bantuan RM1,000 ini :
Langkah 1 :
Pemohon hendaklah mendapatkan borang di lokasi berikut :
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim.
- Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia.
- Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO .
- Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.
Langkah 2 :
Sila isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
Langkah 3 :
Hantar Permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari web rasmi facebook :