Cara Mohon Bantuan RM500 Untuk Orang Tua

Bantuan Orang Tua

Khas untuk ibu bapa anda, orang tua ataupun warga emas Warganegara Malaysia.

Untuk makluman anda semua, setiap kategori yang disebutkan di atas, mereka layak untuk menerima bantuan kewangan secara bulanan berjumlah RM500.

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 tahun lalu, Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan dimana pihak Kerajaan bersetuju untuk menaik taraf kadar bayaran bantuan bagi golongan ini kepada RM500 sebulan.

Oleh itu, perkongsian kali ini mengenai maklumat terperinci serta bagaimana cara untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN WARGA EMAS

Untuk makluman semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan satu bantuan khas untuk Warga Emas secara bulanan.

Objektif utama bantuan untuk Warga Emas ini disediakan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti setempat. 

Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang di gunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna. 

Kenaikan kadar bantuan ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion (tambahan RM700 juta) dan akan memanfaatkan lebih 400 ribu penerima berbanding tahun sebelumnya. Bagi bantuan ini, ianya termasuklah seperti :

  • OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Warga Emas
  • Penjagaan OKU
  • Pesakit Kronik Terlantar
  • Elaun Pekerja OKU
  • Kanak-Kanak Keluarga Miskin

KADAR BAYARAN

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 tahun lalu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan bagi golongan ini pada kadar :

Kadar Lama : RM350

Kadar Baru : RM500

Ini bermakna, kenaikan sebanyak RM150 akan diberikan untuk golongan warga emas.

SYARAT KELAYAKAN 

Beberapa syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan ini. Ianya seperti berikut :

1) Warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap

2) Berumur 60 tahun ke atas

3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

4) Bukan tinggal di :

  • Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau
  • Pusat Jagaan harian / perkhidmatan secara percuma / berkediaman yang memberi kemudahan , atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak di pertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MOHON

Berikut adalah panduan dan cara untuk membuat permohonan bagi bantuan ini melalui atas talian. Berikut adalah langkah-langkah nya :

1) Si layari portal rasmi JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
2) Klik pada butang “Daftar Permohonan
3) Masukkan negeri tempat tinggal dan No Kad Pengenalan
4) Setelah selesai, klik butang “Daftar
Nota : 

  • Dalam masa 14 hari, anda haruslah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan

DOKUMEN YANG DI PERLUKAN

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sertakan ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Slip gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
Bagi anda yang ingin memohon, sila muat turun borang menerusi pautan ini :

SOALAN LAZIM

Berapakah kelayakan umur untuk memohon bantuan ini?

Kategori umur untuk memohon bantuan ini adalah 60 tahun ke atas.

Berapakah jumlah kadar bantuan Warga Emas tahun 2021 ?

Kadar bantuan bagi Warga Emas thaun 2021 adalah sebanyak RM500 (Golongan Rentan).

MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No Tel: 03-8000 8000

Leave a Comment