BANTUANKWSP

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bermula Hari Ini Bagi Permohonan 22 April 2022


Sejak permohonan dibuka bermula 1 April lalu, segelintir pemohon telahpun menerima bayaran tersebut dimana setiap pemohon yang layak telahpun menerima bayaran pada 18 April secara berperingkat.

Namun, setiap permohonan pengeluaran Khas KWSP yang dibuat pada 28 April, bayarab bagi permohonan tersebut hanya akan dilaksanakan selepas aidilfitri ini dan kini ianya telah mula dikreditkan kepada ahli KWSP yany berjaya.

Ikuti perkongsian di bawah mengenainya.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Bagi tarikh tempoh permohonan pengeluaran Khas KWSP ini, ianya akan bermula pada : 

  • Bermula : 1 APRIL 2022 (12.01 AM)
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN BAGI SETIAP PERMOHONAN SELEPAS 28 APRIL

Sebelum ini, Tengku Zafrul ada membuat kenyataan dimana setiap permohonan bagi pengeluaran Khas ini, waktu bayaran untuk mereka yang layak akan diberikan sebelum Aidilfitri.

Terbaru, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa, bagi setiap permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat selepas 28 April 2022 dan ke atas, pembayaran hanya boleh dibuat bermula :

  • 5 MEI 2022
Oleh itu, dapat kami simpulkan mengenai kenyataan tersebut, hari ini merupakan hari terakhir (27 April) untuk ahli KWSP memohon sekiranya inginkan bayaran tersebut dapat dibuat sebelum Aidilfitri. 

TARIKH BAYARAN

Dalam makluman rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), turut dinyatakan juga berkenaan tarikh bayaran pertama pengeluaran RM10,000 bermula :
  • 18 APRIL 2022

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Pengeluaran Khas kali ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.  Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran tersebut.


Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara.

SYARAT KELAYAKAN

Melalui perkongsian di page rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul, hasil perbincangan beliau bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak tersebut akan memastikan agar pengeluaran khas ini dipermudahkan. Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
  • Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda membuat permohonan pengeluaran Khas KWSP ini sama ada menggunakan i-Akaun ataupun melalui portal khas untuk pengeluaran :

Portal Khas Pengeluaran

  1. Layari portal rasmi iaitu http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik ‘Mohon Sekarang
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda
  4. Klik ‘Teruskan‘ dan masukkan ‘Nombor OTP’ atau ‘Soalan Keselamatan
  5. Letak ‘AMAUN PILIHAN PENGELUARAN‘ 
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
  7. Taip ‘Amaun Pilihan Pengeluaran
  8. Klik ‘Teruskan
  9. Isi dengan lengkap ‘Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran‘ dan kaji selidik, tekan ‘Teruskan
  10. Tekan Hantar dan Selesai!
Nota : Ingin diingatkan kepada anda, sila pastikan terlebih dahulu permohonan anda benar-benar betul dan muktamad, kerana pihak KWSP ada memaklumkan sebelum ini di mana, “Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Artikel sebelum ini mengenai pengeluaran Khas KWSP, pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapatnya maklumat tambahan mengenainya. Kelmarin pihak KWSP ada memaklumkan maklumat tambahan pengeluaran Khas KWSP untuk memudahkan proses permohonan anda berjalan lancar. Berikut adalah maklumat tambahan tersebut :

  1. Nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.
  2. Baki simpanan KWSP anda hendaklah di semak.
    Ini kerana, setiap permohonan anda hendaklah mempunyai baki simpanan yang cukup.
  3. Nombor akaun bank anda adalah aktif (simpanan atau semasa).
  4. Akaun hendaklah di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat. 

Amaun Pengeluaran

  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Kaedah Bayaran

  • Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Pihak KWSP mengingatkan kepada semua pemohon, sebarang permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Portal Pengeluaran Khas.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Ataupun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button