BANTUAN

Bonus Aidilfitri RM250 & RM500 Untuk Rakyat Sabah

Istimewa untuk rakyat negeri Sabah! Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketika mengumumkan pemberian bonus itu di Tawau, Hajiji berkata, bonus tersebut adalah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.
Ikuti perkongsian mengenai maklumat lanjut dibawah.

BONUS AIDILFITRI (SABAH)

Kerajaan negeri Sabah telah bersetuju untuk memberikan bonus aidilfitri kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan sempena aidilfitri nanti.
“Kerajaan negeri akan membayar bonus sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan iaitu RM500 seorang.
“Para penerima adalah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred N54 ke bawah. Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan,” katanya.

KADAR BONUS AIDILFITRI

Berikut adalah jumlah bayaran bonus yang akan diberikan :
  • Kategori Gred N54 : RM500 
  • Pesara Kerajaan : RM250
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas di Dewan Masyarakat Tawau pada Rabu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button