BANTUAN

Bantuan RM250 & RM400 Sempena Aidilfitri Untuk Rakyat Malaysia

Berita baik bagi anak perantau, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi abntuan one-off i-perantau kepada anak perantau yang layak.

Melalui bantuan ini dianggarkan lebih 5000 ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu bakal mendapat manfaat daripada bantuan ini

Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapakan dapat meringankan sedikit beban ketika pulang berhari raya.

i-Perantau adalah sebuah bantuan yang diberikan kepada anak perantauan negeri Terengganu yang berkelayakan.

Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.

KADAR BANTUAN I-PERANTAU

Terdapat 2 kategori bagi setiap kelayakan dan 2 kadar berbeza iaitu :

  • Kategori A (Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500): RM400
  • Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 – RM5,000): RM250

SYARAT KELAYAKAN

Syarat permohonan i-Perantau adalah sama seperti i-Fitri iaitu:

  • Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Info penuh syarat kelayakan i-Perantau: KLIK SINI

CARA MOHON I-PERANTAU

Permohonan boleh dikemukakan secara online melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Permohonan boleh dibuat secara online bermula 24 April sehingga 2 Mei 2022.

TARIKH BAYARAN

Bayaran pertama i-Perantau akan bermula pada 15 Mei 2022 di zon Lembah Klang dan akan disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan i-Perantau bolehlah melayari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau menghubungi nombor telefon 011-51754924 atau 011-51754969.

Sumber : blogrojak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button